TAHNIAH.. ANDA TELAH MEMILIH PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN TERBAEKK

Khamis, 25 April 2013

SET MENYUSU

Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat?

Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana.. " Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya".

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian
 
 JOM TENGOK HASIL SUSU PARA IBU YANG MENGAMALKANNYA 
SET MENYUSU
 

SET KESUBURAN SHAKLEE.. A.K.A PETUA MENDAPAT CAHAYA MATA

PETUA CEPAT DAPAT ANAK

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa
                                                                                                                                             
SET KESUBURAN SHAKLEE --MENIMANG CAHAYA MATA JOM TENGOK TESTIMONIAL MERAKA YANG DAH BERJAYA

Khamis, 21 Februari 2013

PROMOSI BULAN FEBRUARI 2013

OMEGA GUARD...

 
 
 
Omega guard ni minyak ikan.. ramai yang taukan minyak ikan ni banyaklaa sangat kegunaanya... tapi apa beza OMEGA GUARD SHAKLEE ngan minyak ikan lain di pasaran?
 

 
 

Ahad, 17 Februari 2013

Kerana SHAKLEE... DIJAMIN SELAMAT, SEMULAJADI & TERBUKTI BERKESAN

Kita mesti nak sihat, cantik dan sentiasa mengharapkan produk tu tak bagi kesan buruk kat kita pada masa akan datang.. kan? Selama 50 tahun, shaklee melebarkan sayapnya.. Kenapa sampai sekarang produk ni masih bertahan? sebab ianya memenuhi semua kreteria yang kita nak..SEMULAJADI, SELAMAT dan TERBUKTI BERKESAN


SENTIASA SELAMAT
Saintis Shaklee mencari di seluruh dunia untuk sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik. So, diorang dah buat 350 ujian untuk setiap bahan baru untuk logam berat, racun perosak atau mana-mana bahan tercemar lain yang bahaya. Pastu keja saintis shaklee memang laa banyakkan.. sebab setiap tahun sebanyak 83,000 ujian kualiti dibuat untuk jamin ketulenan dan keselamatan semua produk.


Produk-produk shaklee tiada bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada lemak trans dan tiada pemanis tiruan atau perasa. Yang bestnya, saintis-saintis tu tak guna haiwan sebagai bahan ujikali. Semua bahan-bahan kat bawah ni tak der dalam produk shaklee..
    NO Parabens
    NO Triclosan
    NO Phthalates
    NO Sodium Lauryl Sulfate (SLS)
    NO Sodium Lauryl Ether Sulfate (SLES)
    NO Propylene Glycol
    NO Volatile Organic Cleaning Compounds (VOCs)
    NO Hydrochloric Acid
    NO Ammonia

    NO Sodium Hydroxide
    NO Butyl Cellosolve
    NO Formaldehyde
    NO Bisphenol-A
    NO Petroleum Distillates
    NO Toluene
    NO Chlorine Bleach
    NO MSG
    NO Dyes
    NO Trans Fats
    NO Artificial Sweeteners
    NO Toxic Inks
    NO Banned Substances

Jumaat, 15 Februari 2013

BADAN SIHAT DAN MANTOP DENGAN SHAKLEE

Ramai yang ingin menguruskan badan diluar sana... Oleh itu mereka yang ingin menambah badan sering dilupakan...